Skip to main content

Sambung lg PKP 15 April - 28 April 2020

Assalamualaikum dunia

Bertabahlah semua bilamana Kita terpaksa lagi berkurung selama 14 Hari lg. Apakan daya corona ni terus mrebak tggulah pabila letih dia merebak barula pkp ini ditamatkan. Bagi aku dari segi positif Kita dapat bersama famili Kita yg walaupun duduk bersama jarang dpt bersembang. Suami keje arah lain isteri arah lain anak dihantar kepada org lain. Mcm aku ni smpai si harraz dok Tanya esok mama work?aku ckp x work. Kenapa adik x suke mama cuti ke? Suke mama cuti.aku lak yg letih yelah kena masak proper sbb mertua Ada sekali.kalau bertiga makan meggi ke wat cokodok ke DH on kenyang dorang. Ni nk kena masak berat la.pastu menghantar sekali makanan pada bapak sedara dia yg duk sorang ngn kucing je.aku redha kena masak berat. Dah dekat sebulan masak menu berlainan hri Hari mujur masak tu utk malam saja siang makan remeh remeh. Yang kelaka tu habis menu yg x penah aku buat leh jadi lak.siap cek Mek molek. Keria. Pengat pisang.bubur kacang.rendang ayam paceri Nana's hahahah adoi teror gak.tpi mmg aku suke masak pun. Kalau x pasti godek je Google Cari resepi msti jupe.tapi satu je aku sedih nmpk Gaya Ramadan Kali ni Dan Raya x dapat balik kg aku Raya ngn mak aku Dan adik beradik aku. Aku rasa xde baju Raya tahun ni. Harapan aku Raya haji dapat berkumpul ngn famili aku di phg. Ya Allah ya rabbi jauhkan lagi covid ni dari kami semua ya Allah. Selamatkan mereka mereka yang terkena covid. Kasihanilah kami lindungilah kami. Amin ya rabbal alaminnn.

Comments

Popular posts from this blog

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...

Sekadar Bicara mengenai lagu kesukaanku

Lagu-lagu kenangan zaman dulu masih terkesan dengan liriknya. Memang sangat menghayalkan namun ia tetap mekar di ingatan walau telah berusia puluhan tahun. Masih boleh diingati bila lagunya dimainkan...Aku adalah pencinta muzik jenis ni. Tak kisah orang nk cakap old fashion or what.Lagu-lagu zaman sekarang juga banyak yang bermutu dan sedap namun macam tak dapat bertahan lama. Pernah aku tengok ada org condemn lirik lagu rock. Itu ini semua x kena namun ia sekadar sebuah lagu. Sesetengah lagu menceritakan perkara sebenar dalam sebuah kehidupan.sesetengah lagu liriknya sekadar terlintas difikiran maka terjadilah sebuah lagu. Pendapat masing-masing adalah berbeza. Semua org berhak bersuara.Macam makanan la x semestinya makanan kita suka sama macam org lain. ada suka cencalok ada suka tempoyak ada suka tempe ada suka kimchi. Nampak x ada berbagai menu kan. So what u can do just respect others. so that we can live peacefully on the earth. Merindu Tanpa Kata Kapilla ...

JADILAH SEORANG PEMAAF!

‘JANGAN maafkan dia! Walaupun dia datang menyembah, kamu perlu simpan dendam ini agar maruah dirimu dipandang tinggi manusia.’ Ayat itu adalah suara cetusan syaitan dalam diri manusia ketika berhadapan dengan gelojak jiwa untuk memaafkan kesilapan orang. Memaafkan kesilapan orang bunyinya mudah, tetapi sangat berat pada ego. Ego mendesak agar amarah dan dendam dilayan. Tambah parah apabila syaitan mengambil tempat membakar jiwa bersama nafsu. Apabila merasai sendiri perang dalam jiwa antara pasukan dendam dan maaf, barulah kita tahu bahawa perkataan ‘maaf’ bukan mudah pada perbuatan walaupun lafaznya sangat pendek serta ringan pada makhraj. Apakah perlu maaf atau biarkan dendam membara dalam jiwa? Dendam mampu merosakkan jiwa manusia dan menyukarkan laluan mereka ke syurga kerana syurga bukan tempat pendendam. Firman Allah ertinya: “Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka daripada perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasa...