Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Berkumpul utk lepas rindu.farewell.mkn sblm puasa.

Selamat MenyambuT Ramadan :)

Ramadan Datang Lagi, Salam dan Selamat Sejahtera. Sekali lagi kita semua diberi peluang untuk menambahkan ibadat, menambah pahala untuk bekalan di akhirat. Semua peluang ini diberikan oleh Allah S.A.W kepada umat yang dikehendakinya... kepada yang telah kehilangan insan yang tersayang berikanlah doa dan restu kepadanya dan semoga kita  bertemu di pintu syurga. Saya memohon kemaafan jika ada yang terkasar bahasa dan tersilap bicara.. semoga kita semua diberkati Allah dan dirahmati... Aminnn

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

“Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan” Kehilangan  pernah menimpa Nabi Ayyub A.S. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya. Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.” Subhanallah… Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Baginda ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya. Kesabaran dan keikhlasan selalu akan membahagiakan. Pada akhirnya Allah mengembalikan semua kehilangan yang dialami Ayyub. Maka bersabarlah ketika ujian cinta kepada Allah atas nama kehilangan itu datang. Semakin besar cinta, semakin berat pulalah ujian cinta itu. Dan, setelah ujian itu berakhir, maka akan terbukti sete

Post Kejayaan

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera... Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang  positif. Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik kepada minda. Berikut adalah senaman minda yang perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif. 1. Orientasi keputusan Setiap insan mempunyai kekuatan masing-masing. Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan yang terbaik. Di manakah kekuatan anda yang  perlu  anda fokuskan? Berikan tumpuan kepada minda untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Berbuat begini akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa kebanyakan masa kita yang tidak memberi fokus kepada keputusan, ia akan berakhir  dengan membuang masa. Senamkan minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Tiada masa un

Tip Motivasi Dr Irfan Khairi - 8 tip mudah untuk hidup yang mewah

1: Tak perlu kopi & rokok! OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)? Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan. 2: Potong kad kredit. Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan m