Skip to main content

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

“Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan”
Kehilangan  pernah menimpa Nabi Ayyub A.S. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya.
Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.”
Subhanallah…
Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Baginda ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya.
Kesabaran dan keikhlasan selalu akan membahagiakan. Pada akhirnya Allah mengembalikan semua kehilangan yang dialami Ayyub.
Maka bersabarlah ketika ujian cinta kepada Allah atas nama kehilangan itu datang. Semakin besar cinta, semakin berat pulalah ujian cinta itu. Dan, setelah ujian itu berakhir, maka akan terbukti seteguh mana iman dan cinta kita.
Ketika semua telah dikembalikan atau digantikan dengan yang lebih baik, Insyaallah semua akan terasa lebih nikmat

Kehilangan bukan musibah
Kehilangan selalu diwakilkan oleh kata ‘musibah’. Maka dengan berperasangka baik pada Allah, gantilah perkataan itu dengan kata manis seperti  sebutan ‘rahmat’ atau teguran Allah yang unik untuk mengingatkan hambanya atas kesalahan atau maksiat.
Dengan sebuah kehilangan, dan diiringi dengan berperasangka baik pada Allah, kesemua itu akan berubah dengan menjadi sebuah ‘keampunan’.
Kehilangan adalah sebuah proses mendapatkan dan begitu pula sebaliknya. Mendapatkan adalah sebahagian dari kehilangan. Proses ini mengajarkan kita agar tidak tamak pada realiti dan menyedari hakikat diri sebagai manusia yang memiliki titik noktah pada suatu masa nanti
“Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya..” Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Kehilangan adalah sebuah proses yang harus dilalui dalam  kehidupan. Memang, sesungguhnya apa-apa pun yang ada dalam kehidupan kita di dunia ini, tiada yang abadi
Kehilangan adalah sebuah kenikmatan
kenikmatan bagi hati yang menikmati dan mengikhlaskan.
Kehilangan bukanlah saat mencari kambing hitam atas sesuatu kesalahan,
Tetapi inilah saat yang sangat berharga untuk memperkuatkan sangka baik terhadap Allah.
Innalillahi wa innailaihi rajiun..

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

Sekadar Bicara mengenai lagu kesukaanku

Lagu-lagu kenangan zaman dulu masih terkesan dengan liriknya. Memang sangat menghayalkan namun ia tetap mekar di ingatan walau telah berusia puluhan tahun. Masih boleh diingati bila lagunya dimainkan...Aku adalah pencinta muzik jenis ni. Tak kisah orang nk cakap old fashion or what.Lagu-lagu zaman sekarang juga banyak yang bermutu dan sedap namun macam tak dapat bertahan lama. Pernah aku tengok ada org condemn lirik lagu rock. Itu ini semua x kena namun ia sekadar sebuah lagu. Sesetengah lagu menceritakan perkara sebenar dalam sebuah kehidupan.sesetengah lagu liriknya sekadar terlintas difikiran maka terjadilah sebuah lagu. Pendapat masing-masing adalah berbeza. Semua org berhak bersuara.Macam makanan la x semestinya makanan kita suka sama macam org lain. ada suka cencalok ada suka tempoyak ada suka tempe ada suka kimchi. Nampak x ada berbagai menu kan. So what u can do just respect others. so that we can live peacefully on the earth. Merindu Tanpa Kata Kapilla ...

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...