Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Selamat Tinggal 2016

Selamat Tinggal 2016.... Sepanjang Tahun berbagai ranjau dan duri ditempuhi. Bapa mertuaku pulang ke rahmatullah pada 3.3.2016. Dapat pulak Harraz Naufal 20.4.2016, Sedih bertukar gembira.... Hidup kami berubah 360 darjah. Semua orang sygkan Harraz... Harraz sayang ibu dan abah sayang sama kamu dunia dan akhirat. Tak perlu kamu tau sapa ibu bapamu kerana kami lebih meyayangimu.... Hadirmu bagai matahari yang menerangi seluruh alam Tangismu bagai nyanyian burung Hadirmu menyatukan dua keluarga Tawamu membawa bahagia Terima kasih Allah atas anak syurga ini, kami menghargainya syukran ya rabbal alamin..... Semoga Tahun 2017 membawa lebih cahaya dan bahagia kepada anakanda bonda serta ayahanda

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera..Renungan

Segala pujian bagi Allah. Yang telah menciptakan manusia, untuk kita beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam buat Rasulullah. Yang telah memberikan tauladan yang baik, untuk kita mencontohinya. Proses kejadian manusia itu sangat ajaib. Titik permulaanya ialah percampuran antara sperma dan ovum. Dan ketika proses awal kejadian manusia itu, terlalu banyak keajaiban yang terjadi. Manusia yang jujur, pasti akur dengan kekuasaan-Nya. Lalu berikrar serta memberikan taat setia kepada-Nya. Diciptakan, dihidupkan, dan dimatikan, ia telah menjelaskan tetang kehebatan-Nya. Islam mendidik insan tentang erti kehidupan. Kehidupan bukan hanya berlandaskan yang zahir, tetapi diikuti dengan yang batin. Kerana insan itu dikurniakan jasad dan roh, juga akal dan iman. Kehidupan di dunia, dan kehidupan di akhirat. Adanya syurga, mahupun neraka. Kita memperakui tentang kekuasaan-Nya. Semalam, peristiwa yang kita lalui mungkin sedih. Tetapi, peritiwa hari ini mungkin berbeza. Mungkin kita akan me