Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Sepintas Lalu..... :) Sangat Kreatif

Rumah nenek jadi kedai makan GABUNGAN pelbagai warna ceria dan kontra membangkitkan emosi pelanggan. HAMPARAN kayu-kayu lama yang dijadikan lantai menyambut mesra setiap langkah tetamu ke dalam perut kafe yang terletak di pekan Semenyih, Selangor ini. Saat jelingan mata begitu asyik menyaksikan gantungan perhiasan unik berwarna-warni di Kafe 12 Twelve ini, aroma kopi panas seperti berlumba-lumba menerobos rongga hidung. Ternyata, perjalanan dari Kuala Lumpur yang memakan masa selama lebih 30 minit terasa berbaloi. Bukan sahaja dikelilingi panorama indah yang terlindung daripada hiruk-pikuk kota, malah suasana kafe yang tidak ubah seperti galeri seni itu juga berjaya membangkitkan perasaan tenang dan ceria. Menurut pemiliknya, Lee Hai Oh, 37, kafe yang berkeluasan 370 meter persegi itu merupakan rumah kayu peninggalan nenek moyangnya kira-kira 60 tahun lalu. Sekarang, ia diubah suai dan dihidupkan dengan warna-warna ceria serta sarat elemen seni sehingga menjadi se