Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Selamat Tinggal 2016

Selamat Tinggal 2016.... Sepanjang Tahun berbagai ranjau dan duri ditempuhi. Bapa mertuaku pulang ke rahmatullah pada 3.3.2016. Dapat pulak Harraz Naufal 20.4.2016, Sedih bertukar gembira.... Hidup kami berubah 360 darjah. Semua orang sygkan Harraz... Harraz sayang ibu dan abah sayang sama kamu dunia dan akhirat. Tak perlu kamu tau sapa ibu bapamu kerana kami lebih meyayangimu.... Hadirmu bagai matahari yang menerangi seluruh alam Tangismu bagai nyanyian burung Hadirmu menyatukan dua keluarga Tawamu membawa bahagia Terima kasih Allah atas anak syurga ini, kami menghargainya syukran ya rabbal alamin..... Semoga Tahun 2017 membawa lebih cahaya dan bahagia kepada anakanda bonda serta ayahanda

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera..Renungan

Segala pujian bagi Allah. Yang telah menciptakan manusia, untuk kita beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam buat Rasulullah. Yang telah memberikan tauladan yang baik, untuk kita mencontohinya. Proses kejadian manusia itu sangat ajaib. Titik permulaanya ialah percampuran antara sperma dan ovum. Dan ketika proses awal kejadian manusia itu, terlalu banyak keajaiban yang terjadi. Manusia yang jujur, pasti akur dengan kekuasaan-Nya. Lalu berikrar serta memberikan taat setia kepada-Nya. Diciptakan, dihidupkan, dan dimatikan, ia telah menjelaskan tetang kehebatan-Nya. Islam mendidik insan tentang erti kehidupan. Kehidupan bukan hanya berlandaskan yang zahir, tetapi diikuti dengan yang batin. Kerana insan itu dikurniakan jasad dan roh, juga akal dan iman. Kehidupan di dunia, dan kehidupan di akhirat. Adanya syurga, mahupun neraka. Kita memperakui tentang kekuasaan-Nya. Semalam, peristiwa yang kita lalui mungkin sedih. Tetapi, peritiwa hari ini mungkin berbeza. Mungkin kita akan me

HARRAZ NAUFAL 4 BULAN

 Salam bulan Oktober (walau dah november) lupe nk upload byk sangat bnda nk buat. secebis yg boleh kukongsi. Walau kenduri dia lmbat sikit jnji buat ikut hukum kan. dah bahagian dia. Yang paling gembiran uwan dia la (mak aku)tu geng marhaban dia. simple tapi meriah. Akhirnya merasa aku dapat buat kenduri aqiqah. Ni umah mak aku kt Kuantan, Pahang

Pengajaran zaman Umar bin Khattab

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera... Pada suatu hari, Umar bin Khattab dan beberapa sahabat sedang duduk-duduk, saat itulah dua orang lelaki dan seorang pemuda yang tangannya sementara terikat datang bergabung kepada mereka. Mereka datang tergopoh-gopoh, salah seorang lelaki  itu mengatakan, “Wahai Amirul Mukmini, pemuda ini telah  membunuh ayah kami. Setelah itu pemuda yang sementara terikat tangannya berkata, “Wahai Amirul Mukminin, dengarkanlah penjelasanku terlebih dahulu” salah seorang  lelaki itu berkata, “Tidak hal itu tidaklah penting. Kamu beruntung kami tidak melakukan balas dendam, padahal ayah kami  engkau telah membunuhnya. Kami justru membawamu kepada Khalifah Umar ucap kedua lelaki itu dengan marah. Umar pun berusaha menengahi kedua pihak.Umar berkata, ”Lebih baik kamu berdua  diam terlebih dahulu. Aku ingin mendengar cerita tentang kejadian sebenarnya.” Pemuda yang terikat tangannya itu segera bercerita. Pada suatu hari, saya menaiki seekor unta untuk per

Seminar Intellectual Property di EDC, Bandar Baru Uda, JB

Kesian rumahku di Indera Sempurna ,Kuantan

Korang lain kali kalau pk nk menyewakan rumah korang carilah penyewa yang menjaga rumah kita mcm rumah sendiri... sedih woo tgk rumah yang kubeli dibuat cmni oleh penyewa...kita kt johor pun menyewa...elok je kite jaga :( tapi yelah manala kita boleh telek penyewa kita dapat tu ok ke x ye...redho jelah  tapi sekarang dh cantik balik dah cat semua potong rumput ....

Macam macam la korang

HARRAZ NAUFAL

Selamat datang sayang ke dunia yang penuh cabaran. Gambar ni masa memula dapat dia. Terima kasih Allah kerana memilih kami menjadi ibu dan abah angkat/pelihara dia. Sesungguhnya dia pelengkap kepada kehidupan kami . Setelah suamiku kehilangan bapanya pada bulan Mac , Allah ganti pula dengan Harraz Naufal kepadanya pd bulan April.....Moga kamu menjadi anak yang solleh seperti abahmu Abu Salleh....
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera... Kisah kehidupan seorang hamba Allah yang melupakannya.Bermulanya kisah hidupku apabila dilahirkan ke bumi ini oleh seorang yang ku gelar ibu.Aku dijaga dan diberi kasih sayang yang secukupnya tanpa ada sedikit pun kekurangannya dari adik-beradik ku yang lain. Ibu seorang yang tidak pernah jemu melayan kerenahku bahkan ayah juga tidak pernah kenal erti penat lelah dalam memberi sokongan kepadaku. Teringat di saat kali terakhir ayah memeluk aku.Ketika itu aku baru mendapat keputusan Pencapaian Menengah Rendah (PMR).Ayah memelukku kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang. Lalu,dihadiahkannya sebuah motor untukku supaya aku mudah untuk berulang-alik ke sekolah dan disitulah bermula sebuah kehidupan yang gelap dan penuh berliku. Sejak hari itu,aku mula pandai berjinak-jinak dengan cinta dan membuatkan aku sedikit demi sedikit melupakan diri dunia yang nyata. Aku juga mula bercampur dengan orang-orang yang tidak sepatutnya seperti ge

Selamat Hari Bapa

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat di dunia yang beragama Islam. Kita sekarang berada di hari ke 11 di bulan ramadan yang mulia. Tahun ni tahun ke tiga saya beraya tanpa abah saya di sisi. Abah kesayangan saya. Abah saya yang akan menunggu anak dia pulang dr jb. Sejam sekali akan bertanya "kakak sampai mana dah" wlau wktu aku smpai kul 4 pg sekalipun dia tetap setia menunggu. Abah akak sayang abah dari dunia smpai akhirat. Happy fathers day Abah tetap hidup dalam jiwa kakak. Gelak ketawa abah gurau senda abah gaduh ngn abah tu semua akak rindu. Kakak janji akan jaga Emak baik baik.. Kadang kala terngiang tergiang lagi suara abah bila kakak dengar man (adik) bercakap...suara adik x ubah mcm abah ...tetiba sebak akak rasa...Akak cuma ada sorang Abah dan Sorang mak je dalam dunia....Ya Allah aku tau ibu dan ayah hanya pinjaman.. Kau tempatkanla ayahku di tempat orang-orang yang beriman dan kau panjangkan umur ibuku dan sihat

aDIK ADIK Praktikal

Adik-adik praktikal Nur Ruhaidah dan Nur Zafirah - lokasi Pizza Hut JB

sepintas lalu