Skip to main content

Pengajaran zaman Umar bin Khattab


Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...


Pada suatu hari, Umar bin Khattab dan beberapa sahabat sedang duduk-duduk, saat itulah dua orang lelaki dan seorang pemuda yang tangannya sementara terikat datang bergabung kepada mereka. Mereka datang tergopoh-gopoh, salah seorang lelaki  itu mengatakan, “Wahai Amirul Mukmini, pemuda ini telah  membunuh ayah kami. Setelah itu pemuda yang sementara terikat tangannya berkata, “Wahai Amirul Mukminin, dengarkanlah penjelasanku terlebih dahulu” salah seorang  lelaki itu berkata, “Tidak hal itu tidaklah penting. Kamu beruntung kami tidak melakukan balas dendam, padahal ayah kami  engkau telah membunuhnya. Kami justru membawamu kepada Khalifah Umar ucap kedua lelaki itu dengan marah.

Umar pun berusaha menengahi kedua pihak.Umar berkata, ”Lebih baik kamu berdua  diam terlebih dahulu. Aku ingin mendengar cerita tentang kejadian sebenarnya.” Pemuda yang terikat tangannya itu segera bercerita. Pada suatu hari, saya menaiki seekor unta untuk pergi ke satu tempat karena terlalu letih, saya tertidur, ketika saya bangun saya mendapati unta  saya  telah hilang, lalu saya  segera mencarinya. Saya  dapati unta saya itu sedang makan tanaman di sebuah kebun, lalu saya  berusaha  mengahalaunya, tetapi unta itu tidak juga berpindah dari tempat itu dia berhenti seketika.

Tidak lama kemudian datanglah seseorang dan terus melempar  batu ke arah unta saya .Oleh karena lemparan itu tepat ke arah kepala unta saya, maka unta saya seketika itu juga mati. Saya menjadi  marah lalu mengambil batu dan melempar batu tersebut ke arah orang itu. Dengan tidak disangka batu itu mengenai kepalanya dan dia juga jatuh tersungkur lalu mati. Sebenarnya  saya tidak berniat untuk membunuhnya.

Setelah mendengar penjelasan pemuda itu, Umar memutuskan bahwa pemuda itu mendapat  hukuman mati sebagai suatu balasan atas perbuatannya (Qisas). Pemuda itu berkata, ”Saya  tidak menolak hukuman itu, tetapi saya mempunyai adik, sedangkan ayah saya telah meninggal dunia. Sebelum ayah saya meninggal, dia telah mewariskan  harta dan saya menyimpannya di tempat  yang tidak diketahui oleh adik saya. Untuk itu saya minta waktu selama tiga hari untuk pulang ke kampung dan memberikan harta warisan dari orang tua kami kepada adik saya.”.Umar bertanya, ”Siapakah yang akan menjadi penjaminmu”?  “Dia ini penjamin saya” kata pemuda itu sambil menunjuk ke Abu Dzar Al-Ghiffari. Ketika itu Abu Dzar Al-Ghiffari juga ada di tempat itu, tanpa disangka, Abu Dzar menyanggupinya dimana ia bersedia  untuk menjadi penjamin terhadap pemuda itu. Apabila setelah tiga hari pemuda itu tidak datang, Abu dzar akan menerima hukuman mati akibat sebagai pengganti atau sebagai penjamin terhadap pemuda itu.

Pada hari ketiga, Umar para sahabat dan dua lelaki itu menunggu pemuda tersebut. Hingga tengah hari, pemuda itu belum juga datang. Kedua lelaki tersebut mulai gelisah. ”Hari sudah siang tetapi pemuda itu belum datang, kalau tidak  datang , maka Abu dzar akan menjadi  penggantinya  untuk menerima hukuman mati,” kata salah  seorang lelaki itu.

Akhirnya tak lama ditunggu pemuda itu benar-benar bertanggung jawab dan datang, ia  menepati janjinya, sekalipun ia akan kehilangan nyawanya.Kepada Abu Dzar, pemuda itu mengucapkan terima kasih karena Abu Dzar telah bersedia menjadi sebagai penjaminnya. Sementara itu kedua lelaki, yang ayahnya  telah terbunuh, itu merasa  terharu akan kehadiran pemuda yang menepati janjinya. Mereka berkata, ”Wahai Amirul Mukminin, kami mohon agar tuntutan kami dibatalkan, kami telah memaafkan pemuda al-wafi (penepat janji ) ini.”

Menanggapi peristiwa itu, Umar bin Khattab berkata, ”Wahai Abu Dzar, kamu sungguh berani dan wahai pemuda, kamu adalah al-Wafi. Kamu berdua sangat mulia, lalu bersalamanlah dan kuatkan ukhuwah diantara kalian.” Selemah-lemahnya manusia adalah orang yang tidak dapat menahan amarahnya, dan sekuat-kuatnya orang adalah yang dapat menguasai nafsunya.”

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...

Selamat tinggal 2020

 Salam 🤗 beginilah bila Kita sentiasa dikejar Masa. Pejam celik bukak tutup Mata dh tahun 2021 esok ... Aku kehilangan sorang lagi ahli keluarga pd tahun ini. Àrwah bapak saudara satu satunya adik lelaki pada mak aku. Aku Tak dpt balik sbb beliau meninggal di Hospital Kuala Lipis sedangkan aku di JB. Beliau meninggal kerana penyakit kencing tikus. Semoga àrwah ditempatkan di kalangan org org beriman. Àrwah baru je bersara Dan sempat menyambut Hari Lahir ya. Allah lebih menyayangi beliau. Covid masih lagi menggila di seluruh dunia. Entah bila akan berakhirnya . So welcome to 2021 years maybe something will happen we never know what Allah plans for us. Just pray for the best. So got to go life must go on happy new year 🤣 💗💗💗💗