Skip to main content

UGYUR



Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China
Kaum Uighur jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han.
Anak-anak Xinjiang
“Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang”
Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin.
Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan.

Kedudukan Xinjiang Strategik

Kedudukan Xinjiang yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah.
ibu kota china
Wilayah Xinjiang bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan.
Kedudukan wilayah Xinjiang yang menjadi laluan sutera ini menyebabkan tersebarnya Agama Islam di seluruh pelosok bumi Xinjiang.

Kashgar Menjadi Pusat Penyebaran Islam

Pada abad Ke 9, Kaum Uighur telah menerima Agama Islam semasa pemerintahan Raja Karahanidin. Pusat pemerintahan ketika itu ialah Kashgar.
Kashgar juga telah menjadi pusat penyebaran Islam, kesenian dan kebudayaan Islam. Di sini juga telah lahir ratusan ulama hebat serta karya karya agung cendiakawan Islam.
china aidilfitri
Kegemilangan Khilafah Islam ini diteruskan oleh Kerajaan Seyyid atau Yarkent namun, jatuh apabila Empayar Manchu telah menawan Timur Turkistan pada 1759 dan dijajah sehingga tahun 1862.
Setelah beberapa peperangan telah berlaku, Empayar Manchu telah mengundurkan diri dan sekali lagi khilafah Islam tertegak dengan kerajaan baru. Yang diberi nama Kerajaan Yetteshehar pada tahun 1864.
Namun, ianya tidak kekal lama apabila Empayar Manchu mencerobohnya semula pada tahun 1876 dan setelah beberapa kali peperangan berdarah tercetus.
Timur Turkistan ditawan keseluruhannya dan ditukarkan namanya ke ‘’Xinjiang’’ yang bermaksud ‘’Wilayah Baru’’ pada 1884.

Kejatuhan Khalifah Islam dan Dinasti Qing

Selepas itu, peluang untuk khilafah Islam menyinar semula telah ditenggelamkan oleh Gerakkan Nasionalis China yang telah menjatuhkan Empayar Manchu pada tahun 1911.
Secara automatik Nasionalis China menguasai keseluruhan wilayah yang ditakhluk oleh Empayar Manchu yang di ketuai oleh Sun Yat Sen.
Nanshan Grassland Xinjiang
Nanshan Grassland Xinjiang
Empayar Manchu juga dikenali sebagai Dinasti Qing. Digelar sebagai Empayar Manchu kerana pemerintahan mereka berasal dari Kaum Manchu.
Pada ketika itu, kawalan China ke atas Xinjiang agak longgar dan kesempatan ini telah digunakan oleh Muslim Uighur untuk bebas dari cengkaman China.
Mereka menubuhkan Republik Timur Turkistan. Sebanyak dua kali penentangan telah berlaku pada tahun 1933 dan 1944.
China yang tidak berdiam diri, telah melancarkan pencerobohan tentera. People’s Liberation Army (PLA) telah merusuh di Timur Turkistan pada tahun 1949 hingga tertubuhnya Wilayah Autonomi Xinjiang.
Kedudukan Xinjiang yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah.
Uighur
Kerajaan yang menakluk juga silih berganti seperti Dinasti Han, Mongol, Gaochang, Khotan, Turkic Khaganate, Dinasti Tang, Empayar Tibetan, Uyghur Khaganate, Kara-Khanid Khanate, Dinasti Yuan, Dinasti Qing, Dzungar Khanate, Chagatay, Yarkent Khanatay, Republik Turkistan Timur dan Kashgaria sebelum akhirnya di perintah China.
Sejak itu, pelbagai tragedi hitam telah berlaku di Xinjiang dengan diikuti kempen-kempen yang kejam ke atas Muslim Uighur.

Sejauh Mana Penindasan Terhadap Kaum Muslim Uighur

Kaum Uighur di sana ditindas sejak berpuluh tahun lamanya. Kami akan kongsikan beberapa usaha kerajaan China yang menindas Kaum Uighur di Xinjiang. 
Kami sempat berbual dengan seorang warga China yang berbangsa Uighur. Dia menceritakan sendiri situasi yang berlaku di tempatnya. 
Etnik Uygur
Bersama orang Uygur yang ingin pulang ke kampung halaman
1. Kaum Uighur tidak dibenarkan menyimpan Al-quran atau membacanya. Jika ditangkap akan dimasukkan ke dalam penjara selama 10 hingga 15 tahun. 
2. Kaum Uighur tidak dibenarkan membela janggut bagi kaum lelaki, dan memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna bagi wanita. 
Masjid Id Kah
solat berjemaah di Masjid Id Kah
3. Pada bulan Puasa, setiap pelajar dan guru tidak dibenarkan untuk berpuasa. Kerajaan China akan pastikan setiap orang makan ketika waktu rehat. 
4. Kaum Uighur mengalami kesukaran untuk mendapatkan passport untuk keluar negara. 
5. Kaum Uighur dinafikan hak untuk belajar dan menyambung pelajaran ke peringkat Universiti. Mereka mempunyai kuota di Universiti. 
6. Masjid ditutup dan dibuka pada waktu tertentu, perempuan tidak dibenarkan solat di masjid
7. Kaum Uighur dilayan seperti orang luar, layanan diterima sangat buruk. 
8. Nama anak mereka tidak boleh ada unsur nama islam seperti Hassan,Abdullah dll kerana nama spt itu tak dibenarkan untuk pendaftaran di sekolah
Kaum Uighur
Walau bagaimanapun, semangat mereka tidak pernah padam dan sentiasa mengingatkan generasi mereka akan perjuangan mereka dalam menentang kezaliman China.

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

Menu yang terdapat di Johor, Pekan Nenas, Pontian

Jalan-jalan cari makan........   cempedak goreng yang manis, kat johor ni banyak buah2han tempatan..boleh dikatakan senang juga nk    cari tambah lagi suamiku ada dusun sndri.... ha yang ni sangat mengujakan...abc yang kena siram dgn coklat ke milo aku lupe daaa....sgt sedap ketika  hari bahang panas 2 mangkuk tu bukan makan sorang ek ada kawan huhuhuhuu.... :) diperkenalkan oleh org johor ni tkyah nk sebut abc cklat ke ape... sebut je abc 2 kak maka dtgla cmgini rupanya...... yang ni adalah menu yang x asing lagi iaitu ayam penyet.... yang ni mmg sedap giler tpi ada kt taman utama jek sedappppp... especially makan panas2 rega RM 6 hingget sepinggan... yang ni sume orang kenal sate daging + sate ayam... kt sini secucuk 60 sen rasa mcm sama kt mana2 dah.... yang ni jupe kt pizza hut jer...tempura udang rase nmanye kalau salah i'm sori hehehheheh yang ni suami aku yg punyer. pizza makan untuk 4 orang....aku bukan penggemar sangat tpi boleh laaa...ni pi

Im back!!!!

 Allahuakbar diariku... aku sudah lupakan kamu wahai diariku. Bermula dgn assalamualaikum syg ku kalau  boleh kupeluk kamu tpi x boleh...hari ini adalah 1 oktober 2023.aku baru jumpa kamu wahai blog. Terlalu byk yg aku alami terlalu byk halangan dan rintangan yg menghalang aku untuk teruskan perjalanan ini namun hanya kuasa Allah yg tentukan segalanya. Aku tidak berniat lg utk bercerita segala yg terjadi namun akan kutulis di sini apa yg terjadi padaku. Aku rindu padamu.