Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

9 Jenis Petir yang Paling Berbahaya di Dunia

Banyak petir yang berbahaya sehingga boleh meragut nyawa seseorang sehingga penting untuk kita mengetahui pada setiap satunya dan apa jenis petir tersebut. Petir adalah gejala alam yang biasanya muncul pada musim hujan di mana di langit muncul kilatan cahaya sesaat yang menyilaukan biasanya disebut kilat yang beberapa saat kemudian diikuti dengan bunyi menggelegar sering disebut sebagai Guruh. Perbezaan waktu kemunculan ini disebabkan adanya perbezaan antara kecepatan bunyi dan kecepatan cahaya. 1. St. Elmo’s Fire Petir jenis ini sangat kuat sehingga tanah akan berlubang apabila disambar olehnya. Apabila petir ini datang, tidak ada seorang pun berani untuk keluar rumah. 2. Boom Ball Thunder adalah fenomena yang aneh, ia tidak dapat dipastikan bagaimana ia terhasil, ia juga boleh membahayakan kehidupan. 3. Deadly Di Amerika Syarikat, sekitar 58 orang dibunuh setiap tahun oleh petir. Sekitar 250 orang bertahan hidup setiap tahun setelah disambar petir, namun

Bercinta Selepas Nikah.......

Sepasang Suami Isteri "Sweet Couple" sedang berjalan sambil berpegangan tangan.. Tiba2 si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya... ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm nie, semua org memerhatikan kita kan? Msti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abg memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abg... SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu?? Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun... (senyum) ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek,. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg... (Dgn nada yang sayu).. SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, nie lah yg dikatakan JODOH... ALLAH dah tentukan sayang jadi milik abg, abg REDHA... Dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yg ada pada sayang..kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik untuk abg tempuhi dunia nie... dan bila abg pandang

Hati.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Sahabat, apa yang kita fikirkan, sangat mempengaruhi hati. Justeru, jika kita ingin mengetahui bagaimanakah keadaan pemikiran kita – sama ada positif atau negatif, kesanlah perasaan kita. Ceria atau nestapa. Jika ceria, insya-Allah itu petanda fikiran kita positif dan insya-Allah tindakan-tindakan kita pun akan jadi positif juga. Tindakan yang positif, akan menghasilkan natijah yang positif. What you see, is what you get – apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat. Maksud “see” di sini bukan dengan mata, tetapi dengan pemikiran dan perasaan. Jika pemikiran kita positif terhadap sesuatu perkara, maka kita akan mendapat sesuatu yang positif daripadanya. Tetapi jika kita melihat sebaliknya, yang negatif akan kita dapat sebagai balasannya. Dalam kaedah psikologi ada yang dinamakan “reframing” – yakni, memberi erti baru kepada sesuatu yang negatif. Misalnya, ketika dibuang kerja… Itu buruk bukan? Tetapi cuba beri erti baru, itu sebenar

Sepintas Lalu

Kejatuhan Pakatan Rakyat Sudah Semakin Ketara Nampaknya, apa saja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat hari ini akan memakan diri mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sering diaibkan dengan kata-kata dan tindakan mereka sendiri sejk kebelakangan ini. Seolah-olah mereka hanya pandai mengelirukan rakyat jelata dengan sentimen-sentimen kononnya rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tidak hairanlah kenapa senjata utama mereka hanyalah mengapi-apikan rakyat untuk turun berarak di jalanan. Dua minggu lalu, DS Anwar Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung isu saham Felda Global Ventures Berhad. Dalam helahnya untuk dilihat sebagai seorang pakar ekonomi, beliau mengesyorkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam sektor minyak & gas dan kelapa sawit. "Lagipun, kita sebahagian daripada Opec. Saya bukan bermaksud untuk mencadangkan sebuah kartel, tapi hanya sinergi antara kedua-

Kata-kata Manis

AMIN-AMIN YA RABAL’ALAMIN   Ø  Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :             1. Waktu        2. Kata-kata        3. Kesempatan Ø  Ada 3 Hal yg dpt menghancurkan hidup seseorg :            1. Kemarahan       2. Keangkuhan      3. Dendam Ø  Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :            1. Harapan     2. Keikhlasan       3. Kejujuran   Ada 3 Hal yg paling berharga :            1. Kasih Sayang      2. Cinta      3. Kebaikan Ø  Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti:            1. Kekayaan        2. Kejayaan       3. Mimpi Ø  Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :            1. Komitmen       2. Ketulusan       3. Kerja keras Ø  Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :            1. Tekad        2. Kemahuan       3. Fokus Ø  Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :            1. Rezeki         2. Umur          3. Jodoh  TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :            1. Tua       2. Sakit     3. Kematian.  Ya  اللّه , sahabatku yg membaca ini ad

PERKARA-PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG BAJET PR

1. Tetap SATU BAJET DEFISIT – walaupun seantero Pakatan Rakyat mendakwa bahawa bajet alternatif 2013 yang diumumkan baru-baru ini menggambarkan polisi kukuh ekonomi mereka, menyokong penghapusan monopoli dan bakal mengimplementasi undang-undang antipakat ("antitrust") yang mampan. Dari segi angka, bajet alternatif 2013 mensasarkan defisit sebanyak 3.5 peratus berbanding 4.3 peratus, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM234 bilion melebihi pendapatan sebanyak RM197 bilion. Walaubagaimanapun, BN telah merangka rancangan untuk mengurangkan kadar defisit ini dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 3.5 peratus menjelang 2015. Sasaran kerajaan untuk 2013 adalah sebanyak 4 peratus. Kita tidak boleh melakukan pengurangan atau melancarkan bajet berjimat cermat secara drastik, untuk terus mengurangkan kadar defisit kepada 3.5 peratus tahun depan, tatkala ekonomi global sedang gawat. Sebaliknya, di dalam kegawatan ekonomi global, setiap

Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"      Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," beg

Rahsia Qalbu

Tercoret tinta ini memadahkan rahsia qalbu. Hati...tidak siapa tahu. Tidak siapa mengerti, disimpan juga tidak membawa makna. Kepada yang Haq ia berbicara. Melagukan bicara yang terkadang sumbang lakunya. Bicara pada manusia juga tidak mengurang resah. HIDUP ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya. Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan. UJIAN...  Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Da