1. Tetap SATU BAJET DEFISIT – walaupun seantero Pakatan Rakyat
mendakwa bahawa bajet alternatif 2013 yang diumumkan baru-baru ini menggambarkan
polisi kukuh ekonomi mereka, menyokong penghapusan monopoli dan bakal
mengimplementasi undang-undang antipakat ("antitrust") yang mampan.
Dari segi angka, bajet alternatif 2013 mensasarkan defisit sebanyak 3.5
peratus berbanding 4.3 peratus, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM234 bilion
melebihi pendapatan sebanyak RM197 bilion.
Walaubagaimanapun, BN telah merangka rancangan untuk mengurangkan kadar
defisit ini dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 3.5 peratus menjelang 2015.
Sasaran kerajaan untuk 2013 adalah sebanyak 4 peratus.
Kita tidak boleh melakukan pengurangan atau melancarkan bajet berjimat
cermat secara drastik, untuk terus mengurangkan kadar defisit kepada 3.5 peratus
tahun depan, tatkala ekonomi global sedang gawat.
Sebaliknya, di dalam kegawatan ekonomi global, setiap negara perlu
berbelanja dalam beberapa aspek untuk merangsang ekonomi domestik agar mampu
bertahan menghadapi kesan-kesan ekonomi global. Ini kerana ekonomi domestik
Malaysia merangkumi lebih 70 peratus daripada KDNK (Jumlah pendapatan
negara).
Malahan, Malaysia adalah salah sebuah negara yang baru-baru ini mendapat
pujian dari komuniti kewangan antarabangsa kerana strategi serampang dua mata
yang merangsang ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan pada kadar 5
peratus.
Pakatan Rakyat juga sebenarnya mengakui dalam bajet alternatif 2013,
mereka tidak dapat melancarkan lebihan bajet tahun depan walaupun mereka
menghentam kuat kadar hutang negara masakini.
2. Pakatan Rakyat (PR) juga mendakwa mereka akan
menyelesaikan isu perumahan mampu milik dengan menubuhkan Lembaga Perumahan
Kebangsaan untuk melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik secara
besar-besaran di seluruh negara.
Bukan setakat itu sahaja, malahan PR juga berkata mereka akan
menghentikan beberapa projek-projek penting serta agensi-agensi yang digerakkan
di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib seperti pembangunan tanah Institut
Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga agensi pembangunan strategik
1MDB.
PR
mencadangkan penggabungan 1MDB dengan Khazanah, di samping mendakwa bahawa
pembaziran berlaku apabila kedua-dua agensi ini mempunyai objektif yang sama,
selain daripada menetapkan polisi-polisi dividen minimum sebanyak RM2 bilion ke
atas Khazanah.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita membuat kajian secara mendalam, usaha
PR untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan ini sebenarnya telah pun
dilaksanakan oleh kerajaan melalui 1PRIMA, yang merupakan sebahagian daripada
inisiatif untuk menyediakan perumahan mampu milik lebih baik kepada golongan
berpendapatan rendah.
Bajet PR tidak realistik apabila mereka mahu menghentikan pembangunan
tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga 1MDB kerana ini
mendatang implikasi kepada ekonomi negara.
Di
Lembah Kelang, di mana tanah semakin penuh, salah satu cara untuk kerajaan
menyediakan perumahan mampu milik adalah dengan melepaskan lebih banyak tanah
kerajaan untuk membina rumah.
Tidak ada lagi tanah kerajaan di Lembah Kelang untuk menampung
permintaan perumahan selain daripada tanah milik Institut Penyelidikan Getah
tersebut.
Patutkan pembangunan seperti ini dihentikan dan bagaimana pula nasib
beribu-ribu buah rumah baru, yakni rumah-rumah dalam anggaran RM500,000 ke
bawah. Bukankah ini bakal membawa implikasi buruk kepada ekonomi negara?
Satu lagi kelemahan dalam cadangan mereka adalah persoalan bagaimana
persaingan boleh dipupuk sekiranya 1MDB dan Khazanah digabungkan?
Sebab utama kenapa 1MDB ditubuhkan adalah untuk memupuk persaingan
antara Khazanah dan 1MDB, kerana persaingan ini mampu merangsang kecekapan dan
prestasi untuk membawa pulangan yang lebih mantap kepada kerajaan.
3. PR juga menyatakan hasrat mereka untuk menaikkan royalti
minyak sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak.
Di
atas kertas, memang nampak enteng. Tidak ramai yang sedar bahawa dalam mana-mana
urusan perniagaan, sebaik sahaja kontrak ditandatangani, ia kekal terikat –
tidak kiralah apa juga hasilnya. Kecuali, sekiranya kedua belah pihak bersetuju
untuk menamatkan perjanjian tersebut yang berdasarkan kepada kefahaman yang
mutual.
Dan
paling penting terdapat “Penalty Clause” yang boleh mengakibatkan kerugian besar
kepada PETRONAS apabila kontrak tersebut tidak dipenuhi atau dipersetujui oleh
mana-mana pihak.
Kerajaan-kerajaan negeri kini menerima 5 peratus royalti minyak, hasil
dari perjanjian yang telah dibuat lebih 40 tahun dahulu. Dan tambahan pul setiap
negeri mempunyai hak untuk menyimpan hasil kutipan cukai di negeri masing
masing. Ini tidak termasuk pembiayaan projek-projek daripada Kerajaan
Persekutuan tidak kira negeri tersebut dikelola oleh Pakatan ataupun
Barisan.
Pembiayaan-pembiayaan melalui pembayaran produk-produk petroleum kepada
kerajaan Persekutuan dan negeri dibuat mengikut sebuah Kontrak Perkongsian
Pengeluaran (PSC).
Kontrak terserbut telah ditandatangani antara PETRONAS dan rakan-rakan
kongsi asingnya seperti Shell, ExxonMobil dan lain-lain.
Dengan meminda kadar pengeluaran, akan menjurus keadaan kepada rundingan
semula antara PETRONAS dan rakan-rakan kongsi PSCnya yang lain. Tambahan pula,
kontrak ini termaktub untuk satu jangka waktu tertentu, dan sebarang usaha untuk
meminda kriteria-kriteria kontrak ini akan menghancurkan minat dan keyakinan
syarikat-syarikat gergasi minyak asing ini.
Bukan setakat itu sahaja, ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia,
melalui syarikat petroleum kebangsaannya PETRONAS memiliki salah satu daripada
kontrak perkongsian pengeluaran yang paling adil dan efisyen di
dunia.
PSC
PETRONAS adalah yang paling baik dengan syarat-syarat fiskal inovatif yang
berlandaskan jumlah progresif (Progressive Volume-Based). Ini membolehkan
kontraktor-kontraktor PSC untuk menambahkan lagi usaha-usaha dan komitmen mereka
secara agresif dalam menggiatkan semula dan memaksimakan potensi dari lapangan
minyak mereka.
Sepanjang tahun-tahun ini, PETRONAS telah memperbaiki
perjanjian-perjanjiannya melalui kontrak-kontrak perkongsian risiko (RSC),
mempelbagaikan lagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) yang asalnya
diperkenalkan pada tahun 1976.
Bermula tahun lepas, PETRONAS telah menyemak semula perjanjian tersebut
sebagai PSC "enhanced oil recovery" (EOR) yang melonjakkan kadar pengeluaran
dari 26 peratus kepada 40 peratus.
Sebagai sebuah perjanjian yang berlandaskan prestasi, ia dibina di
Malaysia agar rakyat Malaysia dan rakan-rakan kongsi swasta mendapat manfaat
dari lapangan-lapangan marginal yang berjaya dan mendatangkan hasil yang lumayan
ini.
Sekiranya anda mahu menaikkan royalti minyak bermakna anda harus
mengkaji semula segala perjanjian-perjanjian sedia ada, yang memang berkesan
dengan baik dalam memberikan manfaat kepada kita.
|
PERKARA-PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG BAJET

4.
Pakatan
mahu menurunkan cukai-cukai automatif sebanyak 20 peratus tahun depan berbanding
kadar masa kini antara 65 hingga 105 peratus.
Kita perlu memahami latar belakang Dasar Automatif Negara. Ini kerana
cukai-cukai yang tinggi ke atas kereta; ia akan menjadi keterlaluan, merbahaya
dan sangat mengganggu sekiranya ia dikurangkan secara drastik.
Ia
harus dilaksanakan dengan berperingkat -- samada dilaksanakan di bawah satu
jadual ujian atau pun apabila kerajaan membuat keputusan.
Sebarang pindaan drastik kepada satu rejim cukai sifar akan
mengakibatkan gangguan yang besar terhadap pasaran dengan harga-harga kereta
yang sedia ada (sebagai contoh, kereta second hand), dan dalam sesetengah kes,
akan jatuh mendadak sehingga kurang daripada separuh nilai masa kini.
Adalah lebih munasabah sekiranya kadar cukai diturunkan sedikit demi
sedikit melalui satu tempoh waktu tertentu. Memanglah ia akan membebankan namun,
adakalanya ini sahaja jalan yang ada agar kesenangan dapat dikecapi kemudian
hari.
Katakan, dalam tempoh 10 tahun dengan sasaran untuk mengurangkan kesemua
cukai ke atas kereta dalam tempoh tersebut kepada 10 peratus dari kadar 85
peratus sekarang (untuk kereta-kereta kebangsaan) dengan purata point 7.5
peratus setahun.
Sebuah kereta nasional berharga RM50,000 sekarang akan berkurangan
sebanyak RM2,000 dalam masa setahun. Ini akan mengakibatkan gangguan yang
minimal kepada kedua-dua pasaran kereta baru dan terpakai, dan kejatuhan harga
kereta ini akan lebih mudah diterima oleh pemilik-pemilik kereta.
Bukan seperti penurunan drastik 20 peratus yang dicadangkan oleh PR.
Dengan penurunan drastik 20 peratus, bolehkah anda bayangkan betapa banyak
gangguan bakal berlaku kepada pasaran-pasaran kereta baru dan terpakai? Nilai
kereta anda akan jatuh sebanyak 20 peratus dalam sekelip mata.
Akibatnya anda tidak boleh menjual kereta disebabkan perbezaan harga
yang terlampau. Dan ini akan mengakibatkan lebih banyak orang rugi (mungkin juga
jatuh bankrap) kerana penurunan harga kenderaan yang drastik.
5. PR juga telah mencadangkan kajian semula ke atas semua
kontrak-kontrak berkaitan MRT dengan niat untuk membuat peruntukan semula
perbelanjaan bagi mengembangkan sistem rangkaian bas, dalam sasaran melengkapkan
laluan-laluan LRT sedia ada dan laluan MRT masa hadapan.
Ia
berkata ia akan memberikan tumpuan kepada Bus Rapid Transit (BRT) kerana ia
adalah "sebuah penyelesaian pengangkutan awam alternatif yang lebih efisyen dari
segi kewangan," dan menyarankan bahawa ia telah pun dilaksanakan di
bandaraya-bandaraya seperti Bogota, Colombia dan Johannesburg, Afrika Selatan.
Walaubagaimanapun, apa yang tidak disedari oleh PR adalah di
bandaraya-bandaraya tersebut wujud kombinasi sistem bas dan keretapi. Di
bandaraya-bandaraya contoh untuk pengangkutan awam seperti Tokyo dan Zurich pun,
mereka meletakkan keretapi sebagai ciri utama sistem pengangkutan awam
mereka.
Implementasi BRT sebenarnya telah pun dimulakan sejak 2009 di bawah
Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk pengangkutan awam. Laluan-laluan BRT
telah diwujudkan dari beberapa buah bandar-bandar satelit yang menghala ke KL
dengan menggunakan laluan bas berdedikasi. Pengurang masa perjalanan dari bandar
ke KL melalui BRT telah mencapai lebih daripada 50%.
Malah di bawah GTP, Kerajaan sudah menambahbaik perkhidmatan LRT agar
lebih meluas dan selesa. Lebih dua juta penumpang di dalam tahun 2011 telah
menikmati penambahbaikan perkhidmatan ini tanpa kita sedari.
Projek MRT yang dicadangkan oleh Kerajaan sudahpun bermula kerana ia
perlu untuk memenuhi permintaan penumpang dan juga disebabkan oleh faktor
urbanisasi, dimana KL akan mempunyai lebih daripada 9 juta penduduk pada tahun
2020, berbanding 6 juta pada tahun 2011.
6. Jika kita lihat secara rawak, semua janji-janji Pakatan
melalui Bajet Alternatif 2013 sudah terkandung dalam inisiatif yang masih dan
telahpun dijalankan oleh Kerajaan. Terdapat juga beberapa idea baru, tetapi
gagasan idea baru tersebut tidak mempunyai impak maksima kepada rakyat Malaysia.
Contoh yang ketara seperti yang terkandung di mukasurat 2, Bajet
Alternatif 2013. Penjimatan hasil penurun harga kereta yang mereka warwarkan
selama ini, hanya mempunyai nilai peningkatan RM70 bagi setiap rakyat Malaysia.
Bagi mereka pula yang mempunyai pinjaman PTPTN, jumlah penjimatan bagi setiap
warganegara hanya RM 200. Tetapi berapa ramai yang layak mendapat pinjaman
PTPTN?
Tambahan janji mereka lagi adalah Special Teaching Allowance sebanyak
RM500 kepada guru-guru yang hanya mempunyai jumlah sebanyak 400,000 orang. Apa
yang berlaku kepada 28 juta rakyat Malaysia yang tidak mendapat apa-apa bantuan
atau penjimatan daripada janji mereka?
Ini
menunjukkan perbezaan yang ketara daripada Bajet 2013 yang diumumkan oleh
Perdana Menteri. Banyak peruntukan bantuan atau tax relief yang diumumkan untuk
setiap kategori masyarakat (tua, muda, pelajar, pegawai kerajaan, dan
sebagainya), tetapi kita sebagai rakyat Malaysia masih alpa dan mudah ditipu
oleh propoganda Datuk Seri Anwar dan rakan-rakan.
Ini
kerana semakin hampir kita kepada Pilihanraya Umum ke-13, semakin ramai pihak
yang akan menyemarakkan kemarahan, dalam misi membuat kita alpa dengan apa yang
ada di sekeliling kita. Konsep kesyukuran kepada apa juga rezeki yang kita
perolehi (baik secara langsung atau tidak melalui bantuan Kerajaan) akan
terhapus dengan sewenangnya, jika kita tidak arif menilai secara objektif dengan
apa yang kita telah dan sedang menikmati.
Adakalanya perubahan kehidupan yang kita inginkan itu datang dari usaha
kita sendiri. Telah banyak perubahan yang dijanjikan pada tahun 2008 oleh
Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, persoalannya adakah kehidupan
penduduk telah berubah atau rezeki mereka melimpah ruah di bawah pemerintahan
Pakatan Rakyat?
Walau apa pun yang tercetak dalam Bajet 2013 atau Bajet Alternatif 2013,
hanya kita sebagai rakyat yang layak menilai.
Kata orang tua-tua...
Selidik dahulu sebelum sokong,
Jangan sampai kena kelentong!
|
|
|
Comments
Post a Comment