Skip to main content

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera..Renungan



Segala pujian bagi Allah. Yang telah menciptakan manusia, untuk kita beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam buat Rasulullah. Yang telah memberikan tauladan yang baik, untuk kita mencontohinya.

Proses kejadian manusia itu sangat ajaib. Titik permulaanya ialah percampuran antara sperma dan ovum. Dan ketika proses awal kejadian manusia itu, terlalu banyak keajaiban yang terjadi. Manusia yang jujur, pasti akur dengan kekuasaan-Nya. Lalu berikrar serta memberikan taat setia kepada-Nya.

Diciptakan, dihidupkan, dan dimatikan, ia telah menjelaskan tetang kehebatan-Nya. Islam mendidik insan tentang erti kehidupan. Kehidupan bukan hanya berlandaskan yang zahir, tetapi diikuti dengan yang batin.

Kerana insan itu dikurniakan jasad dan roh, juga akal dan iman. Kehidupan di dunia, dan kehidupan di akhirat. Adanya syurga, mahupun neraka. Kita memperakui tentang kekuasaan-Nya.



Semalam, peristiwa yang kita lalui mungkin sedih. Tetapi, peritiwa hari ini mungkin berbeza. Mungkin kita akan merasai kelainan dalam kehidupan hari ini berbanding dengan kehidupan semalam yang telah kita tinggalkan.

Masalah, tetap ada selagi kita bernafas di atas dunia. Kita pasti akan di duga dengan pelbagai rasa. Ada yang merasai manisnya nikmat. Juga, ada yang rasa pahitnya nikmat. Apa pun, nikmat yang telah dihadiahkan kepada kita, itu tandanya Allah tetap sayang akan kita.

Adakalanya, Tuhan memberikan kita ujian dan dugaan bukan bererti ingin menghukum juga menyusahkan hidup kita. Percayalah dan akuilah bahawa, Tuhan itu Maha Baik. Tuhan sengaja memanggil kita. Dia ingin diri kita dekat dengan-Nya. Dia ingin kita mencintai-Nya lebih daripada apa yang kita cintakan.

Sedikit demi sedikit, kita melangkah. Kita istiqamah dan tabah melalui kehidupan yang serba serbinya mencabar. Hari demi hari, kita bukan sahaja berjalan.
Tetapi, kita telah  pun berlari dengan jauh. Di manakah kita pada ketika ini? Di manakah masalah yang kita lalui tempoh hari?

Bagaimanakah dengan kehidupan kita hari ini berbanding kehidupan yang penuh onak dan duri?

Ajaibnya kehidupan!

Tatkala diri kita ini dipenuhi dosa yang sudah berlumut dan berkarat, Tuhan membersihkan kita dengan pelbagai cara. Dia memberikan kita sedikit masa untuk kita menikmati juadah penyakit.

Berbagai penyakit, berbagai juga penawar yang kita ambil. Tetapi, penyakit yang diberikan kepada kita ini bukan penyakit yang suka-suka. Ia penyakit yang luar biasa untuk menebus segala dosa kita.
Allah menyucikan diri kita dengan penyakit yang kita rasa. Lalu segala kemuraman dan kesedihan yang kita hadapi semasa sakit, digantikan pula dengan senyuman dan kegembiraan tatkala diri sihat sejahtera.

Ajaibnya kehidupan!

Kekadang, kita mengeluh. Kita memperkatakan bahawa kita sudah penat dan hampir berputus asa. Walhal, kita sudah menempuhi kehidupan yang sementara ini dengan berpuluh-puluh tahun tanpa kita sangka.

Segala pengalaman yang tidak enak, telah kita lupa dan telah kita berjaya melangkahnya. Dahulu, pelbagai ketakutan dan keraguan menghantui diri, semua itu tiada lagi. Hari ini, kita telah bangkit kita telah berjaya berdiri di atas kaki sendiri.
Sungguh…

Ajaibnya kehidupan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...

Sekadar Bicara mengenai lagu kesukaanku

Lagu-lagu kenangan zaman dulu masih terkesan dengan liriknya. Memang sangat menghayalkan namun ia tetap mekar di ingatan walau telah berusia puluhan tahun. Masih boleh diingati bila lagunya dimainkan...Aku adalah pencinta muzik jenis ni. Tak kisah orang nk cakap old fashion or what.Lagu-lagu zaman sekarang juga banyak yang bermutu dan sedap namun macam tak dapat bertahan lama. Pernah aku tengok ada org condemn lirik lagu rock. Itu ini semua x kena namun ia sekadar sebuah lagu. Sesetengah lagu menceritakan perkara sebenar dalam sebuah kehidupan.sesetengah lagu liriknya sekadar terlintas difikiran maka terjadilah sebuah lagu. Pendapat masing-masing adalah berbeza. Semua org berhak bersuara.Macam makanan la x semestinya makanan kita suka sama macam org lain. ada suka cencalok ada suka tempoyak ada suka tempe ada suka kimchi. Nampak x ada berbagai menu kan. So what u can do just respect others. so that we can live peacefully on the earth. Merindu Tanpa Kata Kapilla ...