Skip to main content
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...


Kisah kehidupan seorang hamba Allah yang melupakannya.Bermulanya kisah hidupku apabila dilahirkan ke bumi ini oleh seorang yang ku gelar ibu.Aku dijaga dan diberi kasih sayang yang secukupnya tanpa ada sedikit pun kekurangannya dari adik-beradik ku yang lain. Ibu seorang yang tidak pernah jemu melayan kerenahku bahkan ayah juga tidak pernah kenal erti penat lelah dalam memberi sokongan kepadaku.



Teringat di saat kali terakhir ayah memeluk aku.Ketika itu aku baru mendapat keputusan Pencapaian Menengah Rendah (PMR).Ayah memelukku kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang. Lalu,dihadiahkannya sebuah motor untukku supaya aku mudah untuk berulang-alik ke sekolah dan disitulah bermula sebuah kehidupan yang gelap dan penuh berliku.

Sejak hari itu,aku mula pandai berjinak-jinak dengan cinta dan membuatkan aku sedikit demi sedikit melupakan diri dunia yang nyata. Aku juga mula bercampur dengan orang-orang yang tidak sepatutnya seperti geng underground dan berbagai-bagai lagi. Malah aku juga tidak terlepas terjerumus untuk menjadi seorang minah rempit.

Pada awalnya aku hanya mengikuti mereka tetapi lama-kelamaan jiwaku memberontak untuk mencuba bermacam-macam perkara. Bayangkan sudah dapat sekali selepas itu mahu mencuba berkali-kali. Perubahan diriku disedari ayah dan ibu. Ibu hanya mampu berpesan. Setiap hari ber'mandi'kan air mata kerana sikapku itu. Pesan ibu langsung tidak aku endahkan.Malah leteran ayah juga tidak ku pedulikan. Aku hanya memekakkan telinga dan terus melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati yang sudah mati.

Perkara tersebut berterusan sehingga aku tamat persekolahan tetapi keputusan peperiksaan aku amat mengecewakan. Ayah dan ibu hampa denganku tetapi mereka masih lagi memberi aku semangat untuk memajukan diri. Tetapi aku bentak dengan semuanya lalu mengambil keputusan untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Aku tinggal di rumah bujang bersama rakan yang aku baru kenali menjadikan aku semakin buas disana. Lalu ditakdirkan aku mengenali seorang lelaki yang agak alim pada pandanganku. Kami menjalinkan hubungan bersama dari situlah aku belajar berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi orang yang berguna. Setahun perkenalan kami dan dua tahun menjalinkan hubungan cinta. Akhirnya rahsia segalanya terbongkar,aku di tipu hidup-hidup. Disebalik tingkah laku yang sopan rupanya tersembunyi kelakuan syaitan disebalik seri di wajahnya itu. Perpisahan kami membuatkan hidupku kembali memberontak untuk mencari ketenangan.

Apa yang aku lakukan bukanlah bersujud kepada Tuhan dan memohon untuk diberi ketenangan tetapi aku masih tetap melupakan-Nya. Malah terus membelakangkan ibu dan bapaku. Aku hanya mencari hiburan yang boleh membuatkan aku daripada mengingati dia. Aku telah pandai ke disko,meminum arak,membuat maksiat dan sebagainya asalkan dapat membuatkan pemikiran ku tidak berfikir tentang si dia. Segalanya berlarutan sehinggalah tiba hari lahirku yang ke-23 tahun.

Aku terkejut dengan hadiah yang ku terima. Dihadiahkan aku sepasang kasut berharga RM 245 dan seutas rantai emas dan loketnya tertulis nama ayah dan ibu. Disertakannya sehelai kertas yang tertulis:

"Ibu menghadiahkan kamu kasut itu adalah untuk kamu mudah kembali kejalan yang benar kerana kata orang jika mahu pulang ke jalan yang benar sememangnya jalan itu penuh duri dan liku.Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin selagi ia masih mampu berkhidmat untukmu.Andai engkau kepenatan dan terasa mahu berputus asa jadi lihatlah nama ibu dan ayah mu dirantai itu kerana kami akan sentiasa menyokong dan membantu mu untuk 'pulang'."

Ku lihat air mata ibu mengalir ketika mengenakan rantai itu padaku dan aku tahu dari raut wajahnya terpampang rasa kecewanya terhadap sikapku.Walaupun tidak diluahkannya,aku tahu aku tidaklah seperti adik beradik yang lain yang mendengar nasihat ibu dan ayah serta berjaya dalam hidup tapi ibu dan ayah tidak pernah sesekali menyindir atau mengenepikan aku.Aku disayangi sama seperti yang lain.

Terbayang segala pengorbanan ibu dan ayah ketika itu. Antaranya ibu yang tak pernah kenal erti berputus asa dengan sikapku. Malah sanggup menjaga aku ketika aku sakit. Walaupun ibu tahu aku sebenarnya sendiri yang mencari penyakit namun ditatangnya aku dengan penuh kasih tanpa sebarang kecacatan. Ayah pula sering menunggu kepulangan ku diwaktu malam.Kadang-kadang sehingga terlelap ayah di kerusi ruang tamu ketika menungguku.Kepulanganku tidak di marahi tetapi hanya di tanya satu soalan "kemana tadi...???"Tetapi itu pun dengan nada yang lembut. Ayah juga tidak pernah penat menasihati aku. Banyak jasa mereka kepada ku yang bermain di fikiran ku ketika itu.


Selepas hari itu aku mula berubah sedikit demi sedikit kemana sahaja aku mahu pergi pasti kasut yang dihadiahi ibu dan ayah ku akan aku pakai. Andai aku mahu kembali ke jalan yang gelap pasti aku teringat akan ayah dan ibu.Lama-kelamaan aku telah berjumpa jalan yang terang untukku. Alhamdulilah sehingga kini aku masih lagi di jalan yang terang.Aku masih lagi sujud dan bersyukur ke atas Tuhan kerana telah memberikan aku kekuatan dan petunjuk untuk aku kembali ke jalan yang benar.Terima kasih aku ucapkan pada ayah dan ibu yang tidak pernah kenal erti putus asa terhadapku.Andai dipanjangkan umur pasti aku akan membalas jasamu.

Ibu..Ayah..

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...

Sekadar Bicara mengenai lagu kesukaanku

Lagu-lagu kenangan zaman dulu masih terkesan dengan liriknya. Memang sangat menghayalkan namun ia tetap mekar di ingatan walau telah berusia puluhan tahun. Masih boleh diingati bila lagunya dimainkan...Aku adalah pencinta muzik jenis ni. Tak kisah orang nk cakap old fashion or what.Lagu-lagu zaman sekarang juga banyak yang bermutu dan sedap namun macam tak dapat bertahan lama. Pernah aku tengok ada org condemn lirik lagu rock. Itu ini semua x kena namun ia sekadar sebuah lagu. Sesetengah lagu menceritakan perkara sebenar dalam sebuah kehidupan.sesetengah lagu liriknya sekadar terlintas difikiran maka terjadilah sebuah lagu. Pendapat masing-masing adalah berbeza. Semua org berhak bersuara.Macam makanan la x semestinya makanan kita suka sama macam org lain. ada suka cencalok ada suka tempoyak ada suka tempe ada suka kimchi. Nampak x ada berbagai menu kan. So what u can do just respect others. so that we can live peacefully on the earth. Merindu Tanpa Kata Kapilla ...