Skip to main content

Selamat Tinggal 2019

Salam sahabat handai rakan taulan, aku selalu tidak sempat untuk on the dot untuk masuk ke sini.
Tapi aku x pernah lupa yg aku kena update. well tahun 2019 sama juga mcm tahun tahun sebelumnya. ada ranjau yg perlu diharungi ada denai yang harus diterokai, ada luka yg perlu diubati, ada kenangan untuk ditangisi. Ada juga kebahagiaan dan impian yang belum dinikmati.

Anak kita juga semakin membesar, ada anak kawan yang dah masuk sekolah, pegi IPT , ada yang kira-kira hendak menambah lagi ahli yang baru nk kawin pun ada, nk tambah kete baru rumah baru bini baru  laki baru walau ape pun semoga kita dapat menjalani hidup yang lebih baik pada tahun baharu.

So SELAMAT TAHUN BARU 2020 ye selamat menjalani azam baru dan perbaharui lesen kete jgn lupe ... aku ckp kt diri aku kena renew lesen bulan Januari hahahahah

Yang Ikhlas
Mrs Fiona aka Ms Gee aka Ms Fadzilah
JDT

Dari saya untuk Tahun Baru Cina 2020 hahahahah

Comments

Popular posts from this blog

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...

Sekadar Bicara mengenai lagu kesukaanku

Lagu-lagu kenangan zaman dulu masih terkesan dengan liriknya. Memang sangat menghayalkan namun ia tetap mekar di ingatan walau telah berusia puluhan tahun. Masih boleh diingati bila lagunya dimainkan...Aku adalah pencinta muzik jenis ni. Tak kisah orang nk cakap old fashion or what.Lagu-lagu zaman sekarang juga banyak yang bermutu dan sedap namun macam tak dapat bertahan lama. Pernah aku tengok ada org condemn lirik lagu rock. Itu ini semua x kena namun ia sekadar sebuah lagu. Sesetengah lagu menceritakan perkara sebenar dalam sebuah kehidupan.sesetengah lagu liriknya sekadar terlintas difikiran maka terjadilah sebuah lagu. Pendapat masing-masing adalah berbeza. Semua org berhak bersuara.Macam makanan la x semestinya makanan kita suka sama macam org lain. ada suka cencalok ada suka tempoyak ada suka tempe ada suka kimchi. Nampak x ada berbagai menu kan. So what u can do just respect others. so that we can live peacefully on the earth. Merindu Tanpa Kata Kapilla ...

JADILAH SEORANG PEMAAF!

‘JANGAN maafkan dia! Walaupun dia datang menyembah, kamu perlu simpan dendam ini agar maruah dirimu dipandang tinggi manusia.’ Ayat itu adalah suara cetusan syaitan dalam diri manusia ketika berhadapan dengan gelojak jiwa untuk memaafkan kesilapan orang. Memaafkan kesilapan orang bunyinya mudah, tetapi sangat berat pada ego. Ego mendesak agar amarah dan dendam dilayan. Tambah parah apabila syaitan mengambil tempat membakar jiwa bersama nafsu. Apabila merasai sendiri perang dalam jiwa antara pasukan dendam dan maaf, barulah kita tahu bahawa perkataan ‘maaf’ bukan mudah pada perbuatan walaupun lafaznya sangat pendek serta ringan pada makhraj. Apakah perlu maaf atau biarkan dendam membara dalam jiwa? Dendam mampu merosakkan jiwa manusia dan menyukarkan laluan mereka ke syurga kerana syurga bukan tempat pendendam. Firman Allah ertinya: “Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka daripada perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasa...