Ramai yang tidak tahu bahawa amalan
bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi
rezeki.
Amalan yang digalakkan oleh Islam ini
bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan
kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan
sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang
peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana
respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan
sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan
kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan
wang kepada dia.“
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia
salah.
Kerana niat kita bukanalah untuk
bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah
dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu
menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas.
ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin.
Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi
dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau
berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah
disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah
tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara
baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa
yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan
sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan
balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi
sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan
mendapat balasan setimpal.
Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa
mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan
balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang
berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita
yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang
ingin dibuang?
Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau
barangan yang masih baik dalam keadaan elok.
Bukannya dari barangan yang ingin dibuang.
Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak
bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah
Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan
rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak
rabak dan dalam keadaan menjijikkan.
Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat
Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira.
Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati
mereka merasa gembira.
Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan
mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
2. Menarik Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan
lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan
oleh Allah SWT.
Berdoa dan meminta adalah sifat semula
jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya.
Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit
doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat
berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki
yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli
perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti
sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang
memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah
pintu rezeki akan terbuka luas.
Solat dhuha sering dikatakan magnet
rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah
kita.
Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. =)
Semoga peringatan ini mendapat menafaat
untuk anda semua.
Rakan Anda
Comments
Post a Comment