Skip to main content

Fikir sejenak



Nota Editor: Kisah yang menyentuh hati ini ditulis oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad dan dikongsikan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga Allah memberikan berbanyak-banyak kebaikan buat Pakcik Sayuti dan isteri.

Gambar hiasan, Sumber: Noorizam Sabran
Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.
Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.
Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.
Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.
“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.
“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”
“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.
“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.
“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”
Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”
“Sudah pakcik.”
“Anak berapa?”
“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.
“Berapa tahun dah kahwin?”
“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”
“Pakcik bersyukur?”
“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.
“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”
“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.
“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.
“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.
Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.
Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.
Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yangberkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.
Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.
Salam Malam Jumaat,

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

Menu yang terdapat di Johor, Pekan Nenas, Pontian

Jalan-jalan cari makan........   cempedak goreng yang manis, kat johor ni banyak buah2han tempatan..boleh dikatakan senang juga nk    cari tambah lagi suamiku ada dusun sndri.... ha yang ni sangat mengujakan...abc yang kena siram dgn coklat ke milo aku lupe daaa....sgt sedap ketika  hari bahang panas 2 mangkuk tu bukan makan sorang ek ada kawan huhuhuhuu.... :) diperkenalkan oleh org johor ni tkyah nk sebut abc cklat ke ape... sebut je abc 2 kak maka dtgla cmgini rupanya...... yang ni adalah menu yang x asing lagi iaitu ayam penyet.... yang ni mmg sedap giler tpi ada kt taman utama jek sedappppp... especially makan panas2 rega RM 6 hingget sepinggan... yang ni sume orang kenal sate daging + sate ayam... kt sini secucuk 60 sen rasa mcm sama kt mana2 dah.... yang ni jupe kt pizza hut jer...tempura udang rase nmanye kalau salah i'm sori hehehheheh yang ni suami aku yg punyer. pizza makan untuk 4 orang....aku bukan penggemar sangat tpi boleh laaa...ni pi

Im back!!!!

 Allahuakbar diariku... aku sudah lupakan kamu wahai diariku. Bermula dgn assalamualaikum syg ku kalau  boleh kupeluk kamu tpi x boleh...hari ini adalah 1 oktober 2023.aku baru jumpa kamu wahai blog. Terlalu byk yg aku alami terlalu byk halangan dan rintangan yg menghalang aku untuk teruskan perjalanan ini namun hanya kuasa Allah yg tentukan segalanya. Aku tidak berniat lg utk bercerita segala yg terjadi namun akan kutulis di sini apa yg terjadi padaku. Aku rindu padamu.