Skip to main content

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Sungai Isap (aku tambah sikit jer sg isap tu)

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan patin yang telah dibersihkan dan dipotong 4
1 biji timun air jika suka
3-4 sudu tempoyak
kunyit serbuk
garam dan gula secukup rasa
10 biji cili padi yang telah ditumbuk

Cara memasak:
Air dimasukkan ke dalam periuk, masukkan ikan patin dan timun
apabila air sudah mendidih, masukkan kunyit, tempoyak, cili padi, garam dan gula secukup rasa.
Apabila bau tempoyak telah naik kacau dan rasa garam segala adalah cukup barulah diangkat untuk dimakan panas-panas bersama nasi. Jika mahukan kuah tempoyak pekat, masukkan lebih tempoyak cuma jangan terlalu banyak nnti gulai jadi masam.

(sesetengah orang suka masuk daun kesum pun boleh, ada masuk bawang pun ada namun diingatkan bahawa jika bahan2 tadi dimasukkan maka rasa asli ikan patin dan tempoyak akan hilang) sebab itu tiada bawang, atau sebarang daun di dalam masakan tempoyak saya. :)

    Gambar hiasan

Beginilah rupa masakan ini, kaler kuah bergantung kepada kepekatan tempoyak dan kemerahan lada.

Tempoyak juga boleh menjadi gulai ayam tempoyak, udang tempoyak, ikan kembung tempoyak.

Ikan patin goreng juga sangat sedap apepun cara basuhan ikan ini amat penting untuk menjamin bau hanyir hilang..dan paling menjadi kesukaan saya adalah ikan patin salai dengan cili. Ikan patin disalai/dibakar sehingga masak, kemudian isi ikan diracik dan dibuang tulangnya... isi tadi kemudian digaul bersama cili padi yang telah ditumbuk bersama garam dan dimakan dengan nasi yang sedang panas. Sehingga berpeluh dibuatnye huhuhuhuh.....saya x kisah org ckap tempoyak asal perak atau dari negeri mana sekalipun yang saya tahu saya memang dibesarkan dengan cara memasak sebegini rupa.

Sekian dari saya.. :P

Comments

Popular posts from this blog

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...

Sekadar Bicara mengenai lagu kesukaanku

Lagu-lagu kenangan zaman dulu masih terkesan dengan liriknya. Memang sangat menghayalkan namun ia tetap mekar di ingatan walau telah berusia puluhan tahun. Masih boleh diingati bila lagunya dimainkan...Aku adalah pencinta muzik jenis ni. Tak kisah orang nk cakap old fashion or what.Lagu-lagu zaman sekarang juga banyak yang bermutu dan sedap namun macam tak dapat bertahan lama. Pernah aku tengok ada org condemn lirik lagu rock. Itu ini semua x kena namun ia sekadar sebuah lagu. Sesetengah lagu menceritakan perkara sebenar dalam sebuah kehidupan.sesetengah lagu liriknya sekadar terlintas difikiran maka terjadilah sebuah lagu. Pendapat masing-masing adalah berbeza. Semua org berhak bersuara.Macam makanan la x semestinya makanan kita suka sama macam org lain. ada suka cencalok ada suka tempoyak ada suka tempe ada suka kimchi. Nampak x ada berbagai menu kan. So what u can do just respect others. so that we can live peacefully on the earth. Merindu Tanpa Kata Kapilla ...

Selamat tinggal 2020

 Salam 🤗 beginilah bila Kita sentiasa dikejar Masa. Pejam celik bukak tutup Mata dh tahun 2021 esok ... Aku kehilangan sorang lagi ahli keluarga pd tahun ini. Àrwah bapak saudara satu satunya adik lelaki pada mak aku. Aku Tak dpt balik sbb beliau meninggal di Hospital Kuala Lipis sedangkan aku di JB. Beliau meninggal kerana penyakit kencing tikus. Semoga àrwah ditempatkan di kalangan org org beriman. Àrwah baru je bersara Dan sempat menyambut Hari Lahir ya. Allah lebih menyayangi beliau. Covid masih lagi menggila di seluruh dunia. Entah bila akan berakhirnya . So welcome to 2021 years maybe something will happen we never know what Allah plans for us. Just pray for the best. So got to go life must go on happy new year 🤣 💗💗💗💗