Skip to main content

Cabaran Hidup

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

Cabaran Hidup adalah lumrah dalam kehidupan kita sehari hari..setiap orang lain cabaran dan hidup masing-masing lain kisahnya..ada yang kene buang keje, ada yang suami main kayu tiga, ada yang anak sakit, ada yang duitnya kena tipu, ada yang ditikam dari belakang dan macam2 lagi cabaran yang hebat2
Ingatlah setiap ujian Allah timpakan ke atas kita adalah diatas titik-titik kelemahan yang perlu kita perbaiki. Berkongsilah dengan insan yang boleh dipercayai untuk mencari penyelesaian sendiri kerana takut penyelesaian tanpa perbincangan hanya disertai dengan emosi dan natijah akan kita rasa selepas itu dan kesannya cukup MENYAKITKAN.

Tapi itulah hidup. Jangan putus asa dalam hidup.
                                                                                                                                 

Kita perlu gagal untuk belajar dan mengenalpasti jalan yang betul untuk berjaya.
Percayalah cabaran yang Allah berikan..pasti punyai seribu satu rahmat… pokok pangkalnya, bagaimana cara kita menyelesaikan masalah. Keputusan yang membabi buta akan memakan diri sendiri dan orang lain.

Insafilah bahawa keyakinan diri itu pada asasnya ada pada setiap individu. Ia telah ditenggelamkan oleh kabus kehidupan yang negatif yang melingkungi kehidupan kita selama ini. Lawan segala perasaan dan sikap hidup yang negatif. Jangan biarkan lagi ia bertapak di dalam diri. Gantikannya dengan perasaan dan sikap yang positif.

Sedarilah bahawa kita mempunyai segala potensi dan kekuatan untuk berjaya di dalam hidup. Percaya tak kita sekarang baru sahaja menggunakan 10 peratus daripada keseluruhan potensi yang ada pada diri kita?

Dan kebanyakan orang tidak menyedari hakikat ini.

Berjanjilah pada diri kita bahawa mulai saat ini kita sudahpun mula memulihkan kembali keyakinan diri kita…
Ciptakan sebuah syurga di dalam rumahtangga kita dan juga di tempat kerja. Dari suasana yang indah ini, lahirlah pula keyakinan diri yang sememangnya kita cari-cari selama ini.

Tetapkan matlamat hidup yang utama. Umpamanya, kita hendak menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semaikan matlamat itu di dalam fikiran kita!! Kemudian berusahalah untuk mencapai matlamat itu

Jangan lakukan perkara-perkara buruk yang bercanggah dengan ajaran agama dan nilai-nilai akhlak yang murni. Bertindaklah dengan penuh hati-hati, bijaksana dan berdiplomasi dalam segala urusan dengan orang lain.

Cabaran hidup sesuatu yang cukup mendewasakan dan mematangkan kita. Jika kita rasa cabaran kita dah cukup teruk, percayalah ramai lagi orang di sekeliling kita mengalami cabaran hidup yang lebih hebat. Jangan mengalah dengan masalah. LAWAN!

Dan senantiasa bersangka baik dengan Allah..Percayalah Allah menduga kita untuk menguji tahap kesabaran kita..Maka BERSABAR lah

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...

Selamat tinggal 2020

 Salam 🤗 beginilah bila Kita sentiasa dikejar Masa. Pejam celik bukak tutup Mata dh tahun 2021 esok ... Aku kehilangan sorang lagi ahli keluarga pd tahun ini. Àrwah bapak saudara satu satunya adik lelaki pada mak aku. Aku Tak dpt balik sbb beliau meninggal di Hospital Kuala Lipis sedangkan aku di JB. Beliau meninggal kerana penyakit kencing tikus. Semoga àrwah ditempatkan di kalangan org org beriman. Àrwah baru je bersara Dan sempat menyambut Hari Lahir ya. Allah lebih menyayangi beliau. Covid masih lagi menggila di seluruh dunia. Entah bila akan berakhirnya . So welcome to 2021 years maybe something will happen we never know what Allah plans for us. Just pray for the best. So got to go life must go on happy new year 🤣 💗💗💗💗