Skip to main content

Info dari Bercinta selepas nikah

1.
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda.. 

Ingat... 

pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri...
Jangan terlalu mahukan kesempurnaan...Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya....

Tujuan perkahwinan bukanlah untuk MENGUASAI ataupun DIKUASAI melainkan hanye MELENGKAPI.....



2.
Tahun 80an masa akad nikah, pengantin perempuan duduk dalam bilik intai ikut celah langsir nak tengok suami dia lafaz akad nikah.

Tahun 90an, pengantin perempuan dah duduk luar bilik, tersengih di tepi pintu bilik nak kasi tau yang dia lah pengantin perempuan.

Tahun 2000 milenium, pengantin perempuan dah datang dekat pengantin lelaki. Ada yang duduk tepi tok imam sampai meleleh air liur tok imam tengok pengantin perempuan comel sangat sebab makeup tebal dengan bermacam-macam warna ...

Tahun 2013, pengantin perempuan tanpa malu dedahkan aurat di masjid, bertudung tetapi pakaian pengantin membaluti badan dengan ketat.

Memanglah kamu nak bernikah tapi yang lafaz akad nikahnya pengantin lelaki, bukan pengantin perempuan. Sebab kebiasaan pengantin perempuan makeup nya lebih dari biasa, maka lebih baik jika masa akad nikah perempuan duduk dlm bilik intai celah langsir seperti dulu supaya tak menganggu tok imam.


3.
Ada manusia yang menolak cinta seseorang perempuan hanya kerana dosa silam perempuan itu .

1. Dulunya perempuan itu, pernah bercinta dengan lelaki lain .
2. Dulunya perempuan itu, tidak menutup aurat .
3. Dulunya perempuan itu, bersosial dan bergaul bebas .
4. Dulunya perempuan itu, pernah terlanjur dengan lelaki lain .

Sedangkan kini perempuan itu sudah taubat dari dosa silamnya . Sudah solehah amalannya dan sudah baik akhlaknya .

Lelaki itu adalah lelaki yang tidak mahu menerima hakikat insan , sedangkan perempuan yang bertaubat itu sudah diangkat darjat mulia oleh Allah.

Kerana manusia yang soleh dan solehah itu akan berperang melawan nafsu dan dirinya lebih mulia di sisi Allah berbanding malaikat yang taat..


4.
DOA Untuk Melembutkan Hati SUAMI :

Zikir Pelembut Hati - Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut .

1. Ya Aziz 2. Ya Jabbar 3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

Sekadar Bicara mengenai lagu kesukaanku

Lagu-lagu kenangan zaman dulu masih terkesan dengan liriknya. Memang sangat menghayalkan namun ia tetap mekar di ingatan walau telah berusia puluhan tahun. Masih boleh diingati bila lagunya dimainkan...Aku adalah pencinta muzik jenis ni. Tak kisah orang nk cakap old fashion or what.Lagu-lagu zaman sekarang juga banyak yang bermutu dan sedap namun macam tak dapat bertahan lama. Pernah aku tengok ada org condemn lirik lagu rock. Itu ini semua x kena namun ia sekadar sebuah lagu. Sesetengah lagu menceritakan perkara sebenar dalam sebuah kehidupan.sesetengah lagu liriknya sekadar terlintas difikiran maka terjadilah sebuah lagu. Pendapat masing-masing adalah berbeza. Semua org berhak bersuara.Macam makanan la x semestinya makanan kita suka sama macam org lain. ada suka cencalok ada suka tempoyak ada suka tempe ada suka kimchi. Nampak x ada berbagai menu kan. So what u can do just respect others. so that we can live peacefully on the earth. Merindu Tanpa Kata Kapilla ...

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...