Skip to main content
Resepi Senang

Spagetti Pedas


Bahan-Bahan:

1 paket spagetti - rebus

1 cawan daging cincang - direbus

6 batang Frankfurter daging - direbus dan potong kecil

1 mangkuk cendawan butang - dipotong kecil

2 biji tomato - di dadu 4 ulas bawang putih - di cincang

2 sudu besar cili kisar

1 sudu kecil tomato puri

2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar

1 botol besar sos spagetti (original)

Cara:

Tumis bawang putih dalam kuali/periuk hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, tomato puri dan goreng hingga cili masak.
Masukkan daging kisar, frankfurter daging, cendawan butang, tomato - gaul rata.
Masukkan sos spagetti, lada hitam gaul rata. Biar atas api perlahan selama 2 minit.

Sedia untuk dihidang
Tambahan:
1) Spagetti hendaklah direbus dengan air yang dicampur sedikit minyak masak supaya tidak melekat.
2) Jika suka, bahan daging boleh ditukar kepada ayam - isi ayam hancur dengan frankfurter ayam.
3) Tambah cili kisar untuk lebih pedas

Coleslaw best
Bahan-Bahan:
1 biji kubis bulat
1 biji/separuh lobak merah
mayonis (ikut suka) Sedikit gula
sedikit susu cair/susu tepung + air

Cara:
Sagat(hiris halus-halus) kubis dan lobak merah.Kemudian basuh dan tuskan. Campukan sayuran tadi dengan mayonis,sedikit gula dan susu cair. Simpan didalam peti ais untuk semalaman.

Cadangan Hidangan:
Makan bersama ayam goreng

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...

Im back!!!!

 Allahuakbar diariku... aku sudah lupakan kamu wahai diariku. Bermula dgn assalamualaikum syg ku kalau  boleh kupeluk kamu tpi x boleh...hari ini adalah 1 oktober 2023.aku baru jumpa kamu wahai blog. Terlalu byk yg aku alami terlalu byk halangan dan rintangan yg menghalang aku untuk teruskan perjalanan ini namun hanya kuasa Allah yg tentukan segalanya. Aku tidak berniat lg utk bercerita segala yg terjadi namun akan kutulis di sini apa yg terjadi padaku. Aku rindu padamu.