Skip to main content

Kata-kata Pujangga yang menyentuh jiwaku....

Andai kata-kata ini bisa diucapkan.....


1. Bisikku pada bulan kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku.. tanpa dia, malam menemaniku.. sepi memelukku. Bulan jangan biar siang.. biar malam ini kelam. Biar ia sepi sepertiku

2.Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia....


3.Hal Yang Menyedihkan, Dalam Hidup Adalah Ketika ,Kamu Bertemu Seseorang Yang Sangat Bererti Bagimu, Dan Mendapati Pada Akhirnya Bahawa Tidak Ada Demikian Adanya Kerana ,Kamu
Harus Melepaskannya………


4.Harapan trakhirku rupanya sama saja,dgn yg trdahulu darinya,biarkan aku hidup tanpa belaian cinta,biar semua tahu ku KECEWA,yg psti stiap mlm ku imbas kmbali,kenangan mudah menyentuh hati,yg pasti itu sj yg mampu ku miliki,mungkin sepjg hayatku bermimpi


5.Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada org yg pernah melukakan hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yg terluka..


6.Pelangi Senja di Langit Jiwa, Awan menari lembayung tertawa, Menyambut hari indah telah tiba
Sebait kalimah seribu Doa, Hanya untukmu belahan jiwa

7.Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi


8. Sajak
Kawan...........,
benarkah kita sedang berkawan
betulkah kita tak pernah berlawan
serasikah kita dalam berkawan
tuluskah kita dialam berkawan
Kawan...........,
biar kering air dikali
biar hujan membanjiri bumi
biar panas sepanjang hari
biar ribut meredah alam
Kawan...........,
hampir sepurnama kita berkawan....
adakah sepurnama juga kita dijalinan 'kawan'
Kawan...........,
aku...., tak mampu untuk berlari mengejarmu
aku...., tak tahu adakah kau akan kehilangku....
Kawan...........,
terimakasih... kerana kita pernah berkawan
terimakasih... sebab kita masih berkawan


9.
Dalam Kerendahan Diri, Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta, Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kesempitan Hidup, Ada Keluasan Ilmu,
Hidup Ini Indah Jika, Segala2nya Kerana Allah.


10.
Kalau diibaratkan pantai....
Mungkin engkaulah ombak
Yang sentiasa rela
Menghempaskan diri ke pantai
Buat pembasuh segala perit
Dan calar yang terlukis di persisirannya...


Namun,
Jangan pula kau lupa
Awan ada juga gelapnya
Awan ada juga mendungnya
Cuma tergantung di atas
Tanpa tiang
Tak terlihat jika tak mendongak.
Dan...Aku sebagai rumput yang telah lama
terpijak dek kaki yang meredah bumi...
Dan aku...
Sebagai si tunggul yang reput di tepi pelabuhan...
Tetap menanti tetap menjalani
kehidupan seadanya aku...
Tapi aku tetap berdoa engkau sebagai
engkau adalah yang bahagia dan gembira...
Dan aku...Biarlah aku begini...
Hanya mendoakan segalanya dari jauh
hatiku Semoga engkau memperolehi segalanya
Sedang aku biarlah Hanya menadah hujan yang kadangkala
turun...Dan kadangkala Entah di mana meskipun dinanti berkurun.


Kasih itu Cinta
Kasih itu Sabar
Kasih itu Murah Hati
Kasih itu Tidak Megahkan Diri
Kasih itu Tidak Berkesudahan
Kasih itu Suci

11.Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cubateruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput . KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


12.TUHANKU,


Seandainya Telah Kau Catatkan , Dia Milikku,


Tercipta Untukku,Dekatkanlah Dia Padaku,


Satukanlah Hatinya Dan Hatiku,


Tiupkanlah Kemesraan Antara Kami,


Agar Kebahagiaan Itu Kekal Abadi,


Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,


Seiringkanlah Kami Dalam Melayari Hidup Ini Ke Tepian


Sejahtera, Tetapi..Tuhanku


Seandainya Telah Kau Takdirkan Dia Bukan Milikku, Bawalah Dia Jauh Dari Pandanganku, Dan Peliharalah Diri Ini Dari Rasa Kecewa,


Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti Berikanlah Aku Kekuatan, Melontar Bayangannya Ke Dada Langit, Hilang Bersama Senja Nan Merah Dan Gelap Pekat Awan, Agar Aku Rasa ,Bahagia Walau Tanpa Dirinya. Dan Tuhanku Yang Tercinta,


Gantikanlah Yg Telah Pergi, Tumbuhkanlah Kembali Yg Telah Hilang Meskipun Tdk Serupa Dengan Dirinya. Jika Benar Cinta Itu Sejati, Maka Bebaskanlah Ia, Jika Benar Cinta Itu Suci, Ia Akan Datang Dgn Sendirinya,Tetapi Jika Ia Pergi Dan Tak Berkunjung Lg, Maka Anggaplah Cinta Itu Memang Tdk Wujud Dr Awal Lg


End transmission............... 

Comments

Popular posts from this blog

Ukays- Lirik Sudah Tiada Tunasnya

Ukays Lirik Sudah Tiada Tunasnya : SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU PERITNYA PENGALAMAN HIDUP SETELAH LUKA AKU TERUBAT KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT MERAYU AKU SEPERTI DAHULU BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA SUDAH TIADA TUNASNYA KORUS:  SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN SEBENAR UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU KU SUDAH TAWAR... -

UGYUR

Untuk memahami sebab dan akibat sesuatu perkara berlaku kita perlu melihat kembali sejarah. Sejarah bagaimana Kaum Uighur menjadi sebahagian daripada China Kaum  Uighur  jika dilihat dari sosok tubuh badan serta perwatakkanya, jelas sekali mereka tidak seperti kaum majoriti dari Kaum Han. “Ketahui kenapa Negara China mahukan Xinjiang” Bahasa pertuturan, perwatakan, budaya dan cara hidup mereka jelas sekali berlainan dengan Kaum Han. Kebanyakkan Kaum Han bermata sepet dan bertutur dalam bahasa Mandarin. Bagi kaum Uighur mereka menggunakan bahasa Turki dalam pertuturan harian mereka. Kaum Uighur tinggal di Xinjiang yang terletak barat China dan Timur Turkistan. Kedudukan Xinjiang Strategik Kedudukan  Xinjiang  yang strategik dalam peta laluan sutera menyebabkan bumi mereka sentiasa dijajah. Wilayah  Xinjiang  bersempadan dengan beberapa buah negara iaitu, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistab, Rusia, India, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Kedu...

Selamat tinggal 2020

 Salam 🤗 beginilah bila Kita sentiasa dikejar Masa. Pejam celik bukak tutup Mata dh tahun 2021 esok ... Aku kehilangan sorang lagi ahli keluarga pd tahun ini. Àrwah bapak saudara satu satunya adik lelaki pada mak aku. Aku Tak dpt balik sbb beliau meninggal di Hospital Kuala Lipis sedangkan aku di JB. Beliau meninggal kerana penyakit kencing tikus. Semoga àrwah ditempatkan di kalangan org org beriman. Àrwah baru je bersara Dan sempat menyambut Hari Lahir ya. Allah lebih menyayangi beliau. Covid masih lagi menggila di seluruh dunia. Entah bila akan berakhirnya . So welcome to 2021 years maybe something will happen we never know what Allah plans for us. Just pray for the best. So got to go life must go on happy new year 🤣 💗💗💗💗