Skip to main content

Posts

Do’a untuk menentramkan hati kit

Tidak terlambat untukku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sementara syawal masih berbaki lagi.               Kita sebagai manusia hanya hidup sementara di atas muka bumi Allah ini. Semua yang kita milik hanyalah pinjaman dan amanah dari-Nya. Seperti roda yang sentiasa akan berputar begitu juga semua ketentuan yang telah dan akan dilalui oleh kita yang bernama manusia. Ujian dan dugaan silih berganti DIA akan terus menguji sehingga nafas kita terhenti...... Aku sentiasa akan ingat pesan ibu.... lalui ape saja yang dengan tabah dan sabar. Setiap yang berlaku ada hikmahnya... Ya Allah berilah kesabaran, keimanan , ketakwaaan kepada sahabat-sahabatku yang disayangi yang telah melalui ujian yang bertimpa-timpa. Kita layak bersedih namun jangan sekali-kali mempertikaikan kenapa ia terjadi kepada kita dan bukan kepada orang lain? Siapa kita untuk melawan takdir .... Kita ini manusia kerdil wahai sahabat. Air mata ini ingin mengalir untuk mengganti kan tempat kalian namun apalah day

Mandi Wajib - Jangan Pandang Remeh Bab ni....

. Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. A

Pulau Kukup, Pontian

Selain dari Taman Negara Tanjung Piai kt cni ada gak lagi satu Pulau Kukup. Yang ni kena naik bot kalau nk pi sana. Bayaran bot ada la dalam RM 5 so dua hala jadila RM10. Masa pegi ni tetiba je x planning pon, Hubby nak bwk jalan so terjahla walau pon ujan huhuhuu gerimis mengundang la kira2...                               jangan tgk aku yg menonggeng tetapi menunjuk arah kepada ayat tersebut                                     hujan masih lagi turun menyebabkan gua mencari tempat berteduh awww cak......!!!!!! mcm la org tk nmpk aku yg gomok tu balik tiang jambatan hohohohoho sebenarnya saja amik gmbar supaya org dapat bezakan yg mana satu tiang yg mana satu aku....:P                                               ni mmg style die bergambo hehehheeh silang kaki...                                                    peace di waktu gerimis mengundang                                                    air sangat keruh waktu ini berangin2 bagai.... di bela

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Sungai Isap (aku tambah sikit jer sg isap tu)

Bahan-bahannya: 1 ekor ikan patin yang telah dibersihkan dan dipotong 4 1 biji timun air jika suka 3-4 sudu tempoyak kunyit serbuk garam dan gula secukup rasa 10 biji cili padi yang telah ditumbuk Cara memasak: Air dimasukkan ke dalam periuk, masukkan ikan patin dan timun apabila air sudah mendidih, masukkan kunyit, tempoyak, cili padi, garam dan gula secukup rasa. Apabila bau tempoyak telah naik kacau dan rasa garam segala adalah cukup barulah diangkat untuk dimakan panas-panas bersama nasi. Jika mahukan kuah tempoyak pekat, masukkan lebih tempoyak cuma jangan terlalu banyak nnti gulai jadi masam. (sesetengah orang suka masuk daun kesum pun boleh, ada masuk bawang pun ada namun diingatkan bahawa jika bahan2 tadi dimasukkan maka rasa asli ikan patin dan tempoyak akan hilang) sebab itu tiada bawang, atau sebarang daun di dalam masakan tempoyak saya. :)     Gambar hiasan Beginilah rupa masakan ini, kaler kuah bergantung kepada kepekatan tempoyak dan kemerahan lada. Tem

Takdir Kita -Rossa

Syahdu kan.....salah sebuah lagi lagu Rossa -penyanyi genit Indonesia Ku tutup mataku dari semua pandanganku bila melihat matamu ku yakin ada cinta ketulusan hati yang mengulir lembut Penguasa alam tolonglah pegangi aku biar ku tak jatuh pada sumur dosa yang terkutuk dan menyesatkan cintaku reff: Andaikan ku bisa lebih adil pada cinta kau dan dia aku bukan nabi yang bisa sempurna ku tak luput dari dosa Biarlah ku hidup seperti ini takdir cinta harus begini ada kau dan dia bukan ku yang mau oh Tuhan tuntunlah hatiku Penguasa alam tolonglah pegangi aku biar ku tak jatuh pada sumur dosa yang terkutuk dan menyesatkan cintaku Sumber :  http://www.liriklagumuzika.com/2008/04/lirik-lagu-takdir-cinta-rossa.html#ixzz2S7y9QBjO

Inilah Beza Kata-Kata Anak Dan Kata-Kata Ibu Bapa

| Sememangnya kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya tiada tolok banding. Namun sedarkah kita sebagai anak-anak kita telah banyak membuatkan perasaan ibu bapa kita terguris tanpa kita sendiri sedari. Jom kita lihat perbezaan  kata-kata  yang sering diungkapkan oleh anak-anak dan kata-kata oleh ibu bapa. Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat. Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu. Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang. Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai. Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”. Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”. Tetapi: Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”. Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”. Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki. Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena. Bila kita

Jangan Bekukan Air Tin Berkarbonat Dalam Peti Sejuk

Ngeri lak aku tgk gambar budak yg kena nih.tapi aku xle copy so dapat cerita pendek ni je la....  | Di daerah Jiading, Shanghai, seorang budak lelaki mengalami kecederaan yang dasyat apabila air tin yang dibekukannya meletup dengan kuat sejurus dibuka penutupnya. Ini menyebabkan pipi budak berkenaan, terkoyak dengan 31 jahitan manakala mukanya menerima 7 jahitan. Memanaskan atau membekukan air berkarbonat, merupakan satu tindakan yang sangat merbahaya kerana menyebabkan Karbon Dioksida yang larut dalam soda berkenaan akan terlerai menyebabkan berlakunya satu tekanan yang tinggi di dalam air tin berkenaan. P/s: Baca di luar air tin. Ada dinyatakan jangan dipanaskan atau dibekukan di bawah takat beku 0 ° c. Sekadar peringatan untuk para pembaca.