Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera... Kisah kehidupan seorang hamba Allah yang melupakannya.Bermulanya kisah hidupku apabila dilahirkan ke bumi ini oleh seorang yang ku gelar ibu.Aku dijaga dan diberi kasih sayang yang secukupnya tanpa ada sedikit pun kekurangannya dari adik-beradik ku yang lain. Ibu seorang yang tidak pernah jemu melayan kerenahku bahkan ayah juga tidak pernah kenal erti penat lelah dalam memberi sokongan kepadaku. Teringat di saat kali terakhir ayah memeluk aku.Ketika itu aku baru mendapat keputusan Pencapaian Menengah Rendah (PMR).Ayah memelukku kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang. Lalu,dihadiahkannya sebuah motor untukku supaya aku mudah untuk berulang-alik ke sekolah dan disitulah bermula sebuah kehidupan yang gelap dan penuh berliku. Sejak hari itu,aku mula pandai berjinak-jinak dengan cinta dan membuatkan aku sedikit demi sedikit melupakan diri dunia yang nyata. Aku juga mula bercampur dengan orang-orang yang tidak sepatutnya seperti ge...