“Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan” Kehilangan pernah menimpa Nabi Ayyub A.S. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya. Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.” Subhanallah… Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Baginda ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya. Kesabaran dan keikhlasan selalu akan membahagiakan. Pada akhirnya Allah mengembalikan semua kehilangan yang dialami Ayyub. Maka bersabarlah ketika ujian cinta kepada Allah atas nama kehilangan itu datang. Semakin besar cinta, semakin berat pulalah ujian cinta itu. Dan, setelah ujian itu berakhir, maka akan terbukti ...